BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 2, 2008

Karangan Mimi Ujian 1 UPSR 2008

Kenangan Terindah

Pada 12 November 2oo7,iaitu pada cuti persekolahan tahun lepas,tercatat seribu kenangan indah di dalam diari hatiku.Aku bersama keluargaku bercadang untuk ke Pulau Langkawi.Kami menganggarkan bahawa percutian iu mengambil masa selama 2 hari.

Menanti sehari sebelum esok bagaikan setahun menunggu.Ayah,ibu,adik dan aku membuat persediaan yang rapi.Aku memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta.Ibuku pula memasukkan makanan ringan ke dalam kereta.Keesokan harinya kami bertolak pada pukul 9.00 pagi.Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam itu,aku isi untuk makan sedikit makanan yang dibawa ibuku.Tidak berapa lama kemudian kami pun sampai ke jeti Kuala Perlis.

Ayahku sedang membayar tambang feri.Aku ibu dan adik hanya menunggu di bilik menunggu.Akhirnya feri yang dinantikan kami tiba juga.Aku dan keluargaku masuk ke dalam feri.Ianya mengambil masa selama 45 minit.Sampai juga kami ke destinasi.

Di hadapanku terdapat seekor patung burung besar yang menjadi kebanggan rakyat Langkawi.Seterusnya,tempat pertama yang kami lawati ialah makam Mahsuri.Di situ terdapat peninggalan sejarah yang menarik termasuklah bagaimana kisah Mahsuri yang dibunuh kejam itu.Selepas itu,ayah membawa kami unuk menaiki kereta kabel.Bukit-bukit yang indah di situ menjadi tatapan kami sekeluarga.Setelah penat bersiar-siar seharian,kami semua berehat di hotel.

Awal-awal pagi lagi aku dan keluargaku sudah bangun.Kami bersiap-siap.Kami begitu bersemangat untuk melawati tempat-tempat yang lebih menarik.Aku dan keluargaku pergi melawat akuarium bawah laut pula.Terdapat pelbagai jenis ikan di sana.Aku sangat kagum dengan kejadian Tuhan semasa iu.Melihat ikan jerung yang berenang-renang,aku dan adikku berasa amat gerun.Kami pulang ke hotel semula.

Berakhir juga percutian kami.Rasa sayang pula hendak meninggalkan pulau berlagenda ini.Kami sekeluarga pulang seperi mana kami datang.Percutian ini sangat indah bagiku di samping boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun ianya memakan kos yang agak tinggi.Inilah kenangan yang terindah di dalam hidupku.

Bingkisan dari Langkawi


Perkuburan Mahsuri


Lakaran rupa Mahsuri

0 histeria: