BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 29, 2008

Karangan Ujian Bulanan 2 (Percubaan Sekolah)

Farah anak yang degil. Perintah ibu bapanya langsung tidak diendahkan. Ibu bapanya sudah buntu. Membuang masa telah menjadi hobi baginya. Di sekolah,Farah kerap dimarahi oleh guru-gurunya kerana tidak menyiapkan kerja-kerja yang diberikan. Farah masih tidak insaf. Lagipun, dia bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Pada suatu hari, ketika loceng terakhir sekolahnya berbunyi, rakan karibnya, Amelia mengajaknya ke kedai komputer yang terletak di pekan untuk bermain permainan komputer. Farah bersetuju denagan Amelia yang juga bersekutu dengannya. Mereka ke sana tanpa pulang ke rumah.

Setelah mereka sampai ke kedai komputer, Farah berjalan-jalan di belakang bangunan itu. Rakannya ditinggalkan sahaja di kedai komputer itu. Farah tiba-tiba ternampak seorang wanita di dalam sebuah bangunan kosong lalu mendekatinya. Wanita itu tidak terurus. Bajunya compang-camping. Di tangannya terdapat sebatang jarum. Ternyatalah, wanita itu seorang penagih dadah. Wanita itu mengajaknya supaya duduk di sebelahnya.

Wanita itu menceritakan kehidupannya dahulu. Dia seorang yang suka membuang masa. Selepas mendapat keputusan peperiksaanya yang teruk, wanita itu kecewa kerana membuang masa lalu terjebak ke dalam arus dadah. Farah berasa sangat terkejut. Dia tidak ingin menjadi seperti wanita itu. Mujurlah wanita itu tidak mengajaknya.

Farah keluar daripada bangunan kosong itu. Dia bertemu rakannya lalu diajak pulang. Rakannya berasa hairan. Farah selalunya bermain permainan komputer tetapi tidak. Farah berasa kesal atas perbuatannya yang lepas. Dia tidak ingin menjadi penagih dadah.

Farah sedar kini, apa yang dilakukannya selama ini salah belaka. Dia berjanji tidak akan membuang masa lagi. Dia berazam akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa kedua-dua ibu bapanya.